Selepas ni segala-galanya akan aku coretkan disini tentang isi hati tentang pengalaman tentang segala-galanya lupakan Twitter ayuh mulakan hidup baru
Oktober 2019 rasanya dah sampai masa untuk aku memulakan pekerjaan baru tetapi aku buntu bagaimana harus aku mulakan
Masih lagi mencari masih lagi tak tahu apa bakat yang terpendam kerana terlalu lama aku membuat benda yang sama adakah keputusan aku ni keputusan yang baik sedangkan ramai yang ingin jadi seperti ku
Berilah aku petunjuk ya Allah adakah keputusan ku ini yang bakal mengubah hidupku ini kepada kebaikan ataupun keburukan yang akan aku tanggung sampai mati
Peluang mungkin datang sekali tapi aku tak sanggup hina dan dicaci serta dipandang rendah dan tidak dihargai seperti aku meminta-minta untuk mencari sesuap nasi
Mungkin orang nampak aku gembira kesana-kemari tapi itulah satu-satunya ubat yang mampu merawat luka di hati semakin jauh Aku berjalan semakin tenang hidupku ini
permudahkanlah aku dengan masa depanku nanti samada aku harus menetap disini atau aku perlu pulang ke kampung halaman sendiri Aku perlukan kebebasan Aku perlukan semangat aku buntu
Bantulah aku mencari ketenangan